Saturday, December 11, 2010

Sabtu penuh dendam


Sometimes, aku rasa jiran itu menyusahkan. Jiran itu menjengkelkan. Jiran itu 'demons with thousand faces'. Ya, orang kata hidup berjiran itu penting. Saling tolong - menolong, looking out for each other, etc. Kesimpulannya, hidup berjiran itu amat digalakkan.

Aku benci jiran sebab mereka tak tau memasak. Aku benci jiran sebab mereka lebih banyak berkata - kata dari melakukan sesuatu kerja. Aku benci jiran sebab mereka selalu memandang sinis perbuatan orang lain, bagi mereka apa yang mereka lakukan (plus anak² mereka) adalah yang terbaik.

Kenapa mereka tidak tahu memasak?

Tiap kali ada kenduri kahwin, ataupun apa² jenis kenduri pun, Mak saya juga yang diharapkan. Masak itu ini, pelbagai jenis lauk. Mereka tak peduli akan masa dan tenaga, yang mereka tahu Mak perlu masak untuk mereka. Mereka hanya tahu berkata - berkata, berborak kosong sepenuh jiwa dan raga.

Case 1

Family aku pergi kenduri kahwin saudara. Hey! Sudah tentu saudara mara lebih penting dari jiran. Mereka akan bertanya bila mak akan balik, untuk tolong masak lauk pauk di majlis kawin kawasan kejiranan penuh indah ini pula. Bullshit!!! Macam tiada orang lain. Mak aku jugak yang kena. Kalau di bayar takpe la juga. Kesialan sungguh!

Case 2

Family ke kenduri tempat lain di waktu pagi, dan pulang selepas maghrib. Ya, mereka sanggup tunggu, tidak memasak lauk pauk. Mereka mahu mak aku juga yang masak. Kesialan sungguh mereka ini. Mak aku nak jugak berehat, tidur awal. Berehat di rumah. Tapi mereka tidak peduli, bagi mereka lauk pauk lebih penting dari rehat dan ketenangan.

Sebab itu aku benci jiran!

Tapi mak, macam mak - mak kamu semua, pergi mengerah keringat, kata itulah hidup berjiran. Jika jiran bertanya pasal mak, kenapa mak tak turun lagi menolong di bawah, aku selalu cakap, eh tak, aku jeling penuh dendam. Lalu mereka diam.

But, bukan semua jiran busuk macam tahi ayam.

Sekian

3 comments:

Amirul Idham said...

sama macam aku juga. jiran2 aku (wlpn bukan semua) perangai mcm tahi

mimizuzuhaha said...

jiran yg kejam. jgn kawan diorg

Fairuz said...

aku masih tak kenal jiran² aku di sini. duduk dah dekat 7 bulan dah..

 
Blogger design by suckmylolly.com