Tuesday, November 2, 2010

Seram Rabu II

Aku rasa sudah tiga hari ada 'bunyi' yang kurang enak kedengaran di dapur rumah. Tidak kira aku di dalam bilik atau di ruang tamu menonton tv, dan di kala ahli keluarga lain sudah tidur, 'bunyi' tidak menyenangkan itu pasti kembali.

Bunyi pinggan mangkuk berlaga dan botol² kosong jatuh ke lantai sering kedengaran di waktu malam. Macam ada orang di dapur. First time aku dengar 'bunyi' itu masa tonton match Liverpool ahad yang lepas. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 1 pagi. Sedang aku bercakap sendirian, memaki Roy Hogdson tanpa henti, aku dengar bunyi bising di dapur. Aku perlahankan volume, dan hati aku tersentak. Memang ada bunyi kurang enak dari dapur.

Oleh kerana aku super berani (tipu), aku melangkah menuju ke dapur. Dalam gelap, aku lihat keadaan dapur macam biasa. Maksud aku semuanya tersusun. Lampu dapur dinyalakan dan memang benar, semuanya macam biasa. Tiada yang luar biasa. Tiada botol kosong berselerak atas lantai. Damn! Cilaka sungguh. Aku dah tak boleh concentrate tonton bola.

Malam berikutnya 'bunyi' itu terus kedengaran. Bila aku pergi jenguk, semuanya ok. (aku memang harap takde ape pun berlaku... hahaha.... lu berani ka?) Tadi, sedang aku duduk depan pc ni, berfikir tentang movie apa yang mahu aku tonton, 'bunyi' itu kedengaran lagi. Not again!! 18 kali aku pikir, mahu ke dapur atau tidak.

Dengan langkah berat aku ke dapur untuk siasat lagi. And the truth comes out. Putih sial!!!

Rupanya, Kucing putih yang buat onar setiap malam. Habis sampah berselerak. Cibai. Aku dapat tangkap kau, aku dye kau warna pelangi!!! (tapi aku tetap rasa pelik, mane datang bunyi pinggan mangkuk dan botol² kosong tu?)

2 comments:

ezwarazali said...

seram sungguh

Amirul Idham said...

tikus kot. rumah aku selalu jugak tikus buat onar

 
Blogger design by suckmylolly.com