Friday, October 29, 2010

Kasih yang Terpilih

Dunia ini memang tidak adil. Kalau adil, dah tentu semua orang kaya ataupun semua orang miskin. Kalau adil, dah tentu la aku kacak seperti jejaka Korea. Kalau adil, dah tentu Wawaezwa berchenta dengan CR7. Memang tidak adil.


Selalunya di opis, eh sepanjang hari di opis aku memang sangat fokus dan penuh tomakninah dalam buat kerja. Gila fokus sampai kadang - kadang tak sedar orang lain dah balik. Boss aku pulak kalau tak ngadap laptop, dia akan pergi berbual kosong dengan staff dept aku yang lain dan semestinya mereka semua perempuan. Aku ulang lagi sekali, perempuan. Dan kalau beliau marah, dah macam legendary lawyer Fong Tong-Ke dalam filem Hail the Judge. Daily huddle dah macam board meeting tergempar. Kena bebel dan kadang - kadang di maki. Hey! Macam biasa aku buat pekak saja dan praktikkan muka tiada perasaan.

Dan tidak semena - mena, di satu petang Rabu (27hb) yang sejuk ke tulang pinggul, Boss memberi peringatan dengan sopan santun yang bulan ini akan berlalu dalam masa dua hari.

"Lagi dua hari sudah mahu month end. Jadi faham - faham saje lah"

Peringatan itu merujuk kepada zero error atau dalam konteks lain tiada sebarang complaint dari customer. Dalam opis yang kecil, jangan disangka tiada amoi yang hot. Habis daily huddle, beliau kembali ke meja dan ngadap laptop lagi. Ting! Masuk email baru khas untuk Boss. Demm! Error logged by HK dan ianya superrrrr~~ sensitif customer. Masa ni, aku rasa nak lari dari opis dan pergi amik MC, kata sakit telinga.


BUT! Hari Rabu berlalu aman bahgia. Boss tak marah walaupun error sudah ada. Kenapa Boss tak marah? Sebab gadis yang buat silap dan error itu berpunca kerna kelalaian gadis itu membaca Letter of Credit dengan teliti. Boss tak marah. Dunia ini tidak adil kan?

Jika new joiner atau lelaki yang buat error, Boss menjerit macam Vokalis Aerosmith menyanyi lagu I don't wanna miss a thing. Siap dapat maki lagi. BUT, perempuan kan. Dunia memang tidak adil.

6 comments:

tettt said...

hahahaha. sbr je la. wat kje tu diam2. :P

ezwarazali said...

hahaha..kenapa aku yg ko sebut2 dgn itu CR7? ko tunggu laaa..aku date chicarito nantiiiii

bulussan said...

dunia ini tidak adil. hahaha
wa mau lu gumbira.

kinnik said...

Wah.. Dlm mencari info pasal kucing.. Boleg termasukkat blog ni yg orgnya kena buat letter of credit.. Sungguh rare.. Co mana?

kinnik said...

Wah.. Dlm mencari info pasal kucing.. Boleg termasukkat blog ni yg orgnya kena buat letter of credit.. Sungguh rare.. Co mana?

kinnik said...

Wah.. Dlm mencari info pasal kucing.. Boleg termasukkat blog ni yg orgnya kena buat letter of credit.. Sungguh rare.. Co mana?

 
Blogger design by suckmylolly.com