Friday, June 12, 2009

Spread the knowledge, not HIV!!!!

Sila klik dan layari laman web di bawah untuk anda mengetahui dgn lebih mendalam mengenai HIV.

Lets spread the knowledge, not HIV!!

Click HERE

Answer the quiz and get protected!!!


Wednesday, May 20, 2009

All Around Me

Music: Flyleaf - Sorrow

How many times does someone going to and from work get caught on CCTVs? Given his company is about 30km away? 70 times. Our lives are being recorded without knowing. Scary world.

Scary world. I've never said you'll have to be afraid of the cookie monster beside your bed. It's not the real. The real one's in your head.

What am i doing exactly?

I wish my blog could talk back to me....

Friday, May 15, 2009

Crossroad Blues

Ini entri yang ditaip buat kali ke lima setelah entri² sebelumnya tidak memuaskan hati penaip. Makan kuih bahulu di kala malam hari memang sedap. Di tambah dengan secawan nescafe siap cepat, membuatkan diri seperti berada di awang - awangan. Di maniskan lagi dengan mendengar tiupan seksofon Kenny G, rasa mahu kembali ke zaman muda mudi di Segamat dulu.

-

Aku rasa aku sekarang seperti mesin Photostat. Lakukan benda yang sama saban hari. Ada dakwat [pen], kertas, memory, pencetak [tangan yang memeriksa], aku lakukan benda yang sama. Dan selalunya, mesin Photostat rosak. Bila rosak, satu department jadi gila. Melambat kerja dan menjadi isu bualan ramai.

-

Baru bulan Mei, sudah ada long list of error. Buatkan department jadi popular. Aku penat. Esok cuti, mesin Photostat pun mahu berehat juga, cool down.

Tuesday, March 24, 2009

kelembapan udara


Hujan lebat di luar sana. Aku masih lagi dirumah, menunggu hujan berhenti. Dan pastinya aku lambat ke tempat kerja. Maafkan aku boss, aku memang sengaja lambat.

-

Hujan + Sejuk = Tidur

-

Boss + colleague hangin = Timbul perasaan marah

-

Tidur lebih baik.

Friday, March 20, 2009

Big steamroller just ran over my toaster

it's just one of those days... when everything seems goes wrong. Everything fucked, everybody sucks. Seperti ada kabus yang menghalang penglihatan dan ada awan kelabu meliputi pemikiran. Mood untuk lakukan sesuatu semuanya hilang. Walaupun orang lain gelak ketawa sambil bergurau senda, kau hanya boleh menutup telinga menghadap monitor.

Kerja yang ada tidak langsung susut, seperti flood di kota Kuala Lumpur yang ada terowong SMART. Disebabkan boss rasa kau SMART, boss tidak ambil peduli akan flood yang terjadi. On the opposite side of the sphere, walaupun hujan jatuh menyimbah bumi saban hari, relationship kau dengan 'keceriaan' makin susut, kering dan mungkin merekah. Faham?

-

mungkin perkara terbaik ialah pulang awal dan lemaskan diri di atas katil. biar tenggelam semua rasa 'kemurungan' dan berharap relationship dgn 'keceriaan' kembali pulih. itupun jika akan pulih.

Sunday, March 15, 2009

Kelongsong Hati

LCD Monitor kesayangan aku dah aku hantar ke 'hospital'. beliau sakit tenat dan aku tak sanggup lagi melihat beliau menanggung kesakitan. dah seminggu aku kesunyian tanpa beliau. nasib baik ada lappy yg masih lagi berada dlm keadaan baik. tanpa beliau, tiadalah dunia fantasi aku. tiada lagi happy time menonton Tora - tora. tiada lagi main tembak - tembak sambil mencarut.

-

ahh... aku rindu Tora - tora~~

-

aku mahu kutuk boss esok hari atas kemenangan besar Liverpool ke atas Manu. hahahahaha
YNWA

Wednesday, March 4, 2009

Rhetoric

Charlie Bartlett: I just think you're missing the big picture.

Kip Crombwell: What big picture?

Charlie Bartlett: The universe.

Kip Crombwell: What about the universe?

Charlie Bartlett: Well, the universe is a pretty big place.

Kip Crombwell: Yea. It's infinite, theoretically.

Charlie Bartlett: Right, which means there's probably life on other planets.

Kip Crombwell: Not life like we think, but yeah. Probably at least single-cell organisms.

Charlie Bartlett: Well, see, that's my whole point. I mean you could've been born a single cell organism on the planet Zortex. In fact, given the odds, it's probably more likely, but you weren't. You we're born a human being. And not just any human being in the history of human beings, but a human being that gets to be alive today. That gets to listen to all kinds of music, that gets to eat food from every culture, that gets to download porn off the internet. So really, you have everything to live for.

-

Ya, I'm still alive.

Tuesday, March 3, 2009

Fully Alive

Hari ini aku di awang - awangan. Dapat souvenir khas dari Sabah dan juga 'surat chenta' yang aku nantikan sejak sekian lama. Senyum lebar aku hari ini. Aku mahu terbang~~

Tuesday, February 24, 2009

inferior-parietal lobule

Ada satu malam, aku pergi melepak di restoran yang penuh dengan gadis comel dan mantap. Boss membe aku belanja. Mata liar melihat gadis - gadis di sekeliling. Yang putih, yang gebu. WoW!! Jadi ini membuktikan aku seorang yang sukakan perempuan. Terlalu banyak spekulasi liar digembar - gemburkan oleh pihak yang jeles akan kekacakan aku.

Dalam berborak kosong dengan orang yang lebih senior itu, timbul satu topik yang agak menarik. Mengenai rambut panjang. Perempuan digalakkan berambut panjang kata beliau, kerana perempuan selalunya tidak berfikir jauh. Kata beliau, kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan perempuan yang berambut panjang lebih berfikiran jauh berbanding yang berambut pendek. Ini kerana otak perempuan..... Iklan sebentar. Ada dua gadis mantap baru masuk restoran, kami semua lihat dengan penuh fokus. [aku dah lupa apa, mungkin otak perempuan lebih kecil berbanding lelaki].

Demi memperkukuhkan lagi apa yang diperkatakan, satu contoh diberi. Seorang lelaki dan seorang perempuan berkahwin. Apabila sudah berumahtangga, lelaki banyak berfikir akan masa depan, berfikir jauh ke hadapan. Nak bayar duit rumah, duit kereta, belanja besarkan anak² bila dapat anak, etc. Perempuan, kata beliau, hanya tunggu suami bagi duit tiap bulan, untuk main kutu. Sebab apa? Sebab nak beli barang kemas, beli perabot baru, nak pergi bercuti, tak pikir panjang.

Contoh paling senang kata beliau, lelaki kawin lambat sebab fikir banyak benda, kawin perlukan duit, selepas kawin lagilah banyak duit nak pakai. Perempuan, kalau dia nak kawin, dia kawin je.

-

Ooooo... kata aku agak kagum. Hebat sungguh beliau. Luas pengalaman. Iklan lagi, ada gadis sudah mahu pulang... kami lihat.... dingin sungguh malam itu.

Friday, February 20, 2009

Look on

"Oh, tell me You're here, That You will watch over me forever..... ", lagu Forever by Fireflight terus berulang - ulang kali dimainkan. Aku sengaja repeat lagu yang sama. Dan lagu itu terus bermain di kepala sewaktu aku mahu beradu, dan masih lagi bermain di dalam kepala walaupun aku sedang bekerja. Tapi, lagu itu tetap tidak dapat menghalang aku memanjangkan leher, melihat di depan 'sana'. Ahhhh... kenapa aku tetap mahu lihat...

dan lagu itu terus berkumandang dalam kepala, dalam hati menyanyi sendiri...

 
Blogger design by suckmylolly.com