Wednesday, October 27, 2010

Seram Rabu

Aku dah tinggal di rumah ini selama 18 tahun tak silap aku. Ayah beli rumah ini masa aku darjah satu. Sepanjang tinggal di sini, ada lah beberapa perkara paranormal berlaku. Aku cuma tidak mahu ambil tahu. Pedulikan saja. Buat - buat tidak tahu menahu tentang semua itu. Macam mak Bedah yang sibuk dengan hal anak orang lain, anak sendiri tidak ambil tahu.

Jika tak silap perkiraan aku, minggu lepas mak beritahu aku tentang kakak aku yang tidak boleh tidur malam. Mak kata tengah malam, kakak aku ketuk pintu bilik mak, nak tumpang tidur. Dia kata tak tahan dah. Maka berhimpitlah semua tidur di bilik mak dan memaksa ayah aku tidur di ruang tamu. Aku buat² tidak dengar saja. Malas nak ambil tahu. Memang perangai aku macam tu. Lalu aku pergi kerja macam biasa. Pabila matahari sudah 'tidur', dan orang lain sibuk menonton drama Halimah Jongang, barulah aku pulang dari kerja.

Aku tegur kakak, bertanya pasal insomnia beliau. Dia kata dia nampak 'benda' hitam tengok dia, dan dia tak boleh bernafas. Pantas aku bangkang dengan memberi alasan yang semua itu cuma sleep paralysis. Lagipun, dia tidur petang, memanglah susah nak tidur di malam hari. Bangkangan aku itu buatkan kakak aku hangin satu badan.

"Suka hati kaulah kalau tak nak percaya, aku nampak. Tiap² malam macam tu. Setiap kali baca ayat kursi, mesti tak dapat recall ayat yang last sekali."

Demmm! Wa tak nak dengar semua itu. Buat aku rasa kurang senang. Aku tidur di ruang tamu bila adik aku pulang dari Sabah. Aku kurang selesa tidur dalam bilik dengan dia. Lagipun katil double decker tu sudah tidak layak ditiduri oleh aku yang kacak, eh yang sudah besar panjang ini. Tidur di ruang tamu berbekalkan cerita dari kakak aku amatlah tidak seronok!

Oleh kerana makin menjadi² itu 'insiden', ayah bawa rakan beliau yang pandai dalam bab² berkaitan. Sedang aku 'high' layan anime dalam bilik, aku dengar bunyi macam pasir dibaling kat pintu bilik. Terkejut berhemah aku dibuatnya. Demm! Itu Pak Cik sedang melakukan proses yang beliau arif. Sungguh tidak selesa bila ada proses 'perubatan' dalam rumah.

La ni, kakak wa tak bising lagi. Boleh saja tidur. Lagipun, wa sudah belikan kipas baru. Mahu apa lagi? Nak wa belikan katil baru pulak? Wa bukan pencetak wang ok.

ah demmitt. wa nak tidur sat lagi. rasa tidak best pulak. sapa punya idea suruh wa taip ini entri.

1 comments:

zifyzaza said...

naseb baik ta penah kena cam tuh.. huhu

 
Blogger design by suckmylolly.com